Thursday, 5 September 2013

"US"..LOVE U TILL JANNAH


Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dalam kehidupanku dengan suamiku. Limpahilah rahmat dalam bahtera kehidupan kami. Berikanlah kebahagiaan dan kegembiraan kepada kami untuk meneruskan kehidupan kami. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Pandulah kami ke jalan yang benar. Jauhkanlah  kami dari segala mara bahaya. 

B..dalam kehidupan ini banyak pancaroba..Harap terimaku seadanya sebagaimana diriku..
Love u till jannah

Tuesday, 3 September 2013

KEHIDUPAN

Di sebalik keceriaan wajah dan kegembiraan yang terpamer, kadangkala mengandungi sejuta rahsia oleh seseorang. Kadangkala kita menginginkan sesuatu yang kita target dalam hidup ini tapi Allah tidak mengizinkan apa yang kita mohon. Bukan keran Allah tidak sayang kepada hambaNya tetapi kesusahan dan kepayahan itulah merupakan ujian yang diturunkan bagi menguji keimanan kita kepadaNya. 

Setiap manusia, hamba Allah diberikan ujian dan dugaan. Ianya berbeza mengikut kekuatan dan ketabahan diri masing-masing. Allah tidak akan menguji hambaNya jika kita tidak mampu untuk lalui segala rintangan dan cabaran yang menimpa. Kesusahan yang datang terimalah dengan redha kerana ianya akan mendekatkan lagi kita dengan Allah Taala.

Hidupku dulunya seringkali dibasahi airmata tapi alhamdulillah walaupun pelbagai dugaan, cabaran dan kesusahan yang aku terima, aku percaya itu semua qada' dan qadar Tuhan. Aku dapat tangani dengan penuh ketabahan dan aku terima segala yang tertulis untukku sebagai satu hikmah yang masih lagi aku tercari-cari. Perjalanan hidupku tidak seperti yang aku angankan..tidak seperti yang aku idamkan..tidak seperti yang aku inginkan..Namun shukran Ya Allah, aku masih mampu tersenyum di sebalik kepura2an wajah. Kekuatan dan ketabahan yang Engkau kurniakan padaku diluar jangkaanku Ya Allah..Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku mengadu..Benar..Cinta Allah itu cinta yang sejati yang tak boleh dicari di mana2..hanya kerana taat ke atas segala suruhanMu.

Aku masih lagi mencari kekuatanku Ya Allah..Aku masih lagi mencari hikmatMu Ya Allah..Kuatkanlah hatiku..Tabahkanlah hatiku untuk meneruskan kehidupan yang fana ini. 

Friday, 30 August 2013

Angel..

My lovely Angel

Kehadiranmu dalam hidupku membuatkan seluruh kehidupanku berubah. Kau menerangi hidupku yang gelap gelita..yang tiada arah tujuan..hanya mengikut kata hati.. Angelku yang tersayang..kau bidadari hatiku yang dikurniakan Yang Maha Esa untuk menemani hidupku yang dulunya kesepian..Love u angel

Tuesday, 27 August 2013

KAMU SAJA...

SAYANGKU BAGIKU KAU MEMPERSONA
KAU SEMPURNA KAU TERIMA AKU SEADANYA
WALAUPUN HIDUP TAK SELALUNYA INDAH
HARIKU INDAH KERNA KAMU SELALU ADA
HANYA KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUATKU
TERBANG TINGGI
KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUAT TIDURKU LENA
KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUAT
MIMPIKU INDAH
KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUAT
DIRIKU GEMBIRA

TAK PERNAH TERLINTAS DIHATIKU INI
UNTUK CURANGI DAN BERPALING PADA YANG LAIN
NAMAMU SAJA YANG TERUKIR DI HATI
KAU MENERANGI DIRIKU DI KALA KU SEPI
HANYA KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUATKU SELALU CERIA
KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUAT AKU TERTAWA
KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUATKU JATUH CINTA
KAMU SAJA
YANG MAMPU MEMBUAT DIRIKU BAHAGIA





BOTH OF YOU ALWAYS IN MY HEART AND MY DREAMS...FOREVER

Thursday, 22 August 2013

HAPPY BIRTHDAY MY MAN!!!!

Bersamaan  jamuan hari raya ofisku...hari yang sama adalah big day for my hasben...so happy..Actually for this time this year...aku xdpt prepare present utk my hubby..sedihnyer..kalo sebelum2 ni ada je benda yang aku prepare utk dia..tp kalau dia faham aku dh berikan harta yang tak ternilai pada dia..tp untuk tidak mengecewakannya aku surprisekan jugak dia dgn kek chocolate indulgence..tp aku xsempat buat sendiri..psl meeting pn dah abis petang..kalo buat sendiri kat rumah mmg sahla dia dapat target aku buat utk apa kan..so aku minta tlg staf ofis buatkan..datang je ofis dorg bantu aku untuk surprisekan dia..apa lagi melompatla kawan dapat chocolate indulgence..lebih drp kanak2 umo 7 tahun dapat kek..punya happy..makan dah hengat!!!...Aku tersangatla hepi tengok cumiku happy...walaupun xseberapa tp aku nk dia tau betapa aku sgt menghargai dia..TQ sgt sb sudi share kehidupannya dengan aku..sentiasa bersama aku dalam apa jua keadaan..B i love u so much!!!!(berani ckp kat sini pasal dia xkan taunyer aku buat blog nih..hihi..)..balik je rumah..puaslah dia berterima kasih dengan aku..

RIANG RIA AIDILFITRI AIMM 2013

Hurm...21 Ogos 2013 adalah sambutan Aidilfitri di pejabatku..Walaupun sederhana tapi tetap meriah. Aku happy sebab dapat bersama-sama semua kakitangan meraikan jamuan ni. Yang lebih menggembirakan aku menyambutnya bersama seseorang yang sangat aku sayangi yakni my husband..jeng..jeng..jeng...my husband satu tempat kerja denganku...Apapun aku puas kerana dapat meraikannya bersama-sama. Mungkin tahun depan 2014 aku bukan lagi di sini bersama-sama suamiku.


oopss!!!..he is not our baby..hehe..tp my staff's baby..sweetkan...mcm terrer je incik cumiku pegang


Masing-masing sedang khusyuk mendengar ucapan aluan..padahal perot masing2 dh berkeroncong


Tiba-tiba my hubby buat muka comey..comella sangat kan...huh!


Tuesday, 20 August 2013

HI WORLD!!!!

My 1st tulisan in my new blog. it has been a long time aku dah tinggalkan zaman penulisan..but then utk kali ini buat aku terpanggil untuk mencoretkan something yang ku rasakan perlu eventhough aku sudah punya teman hidup untuk aku berkongsi rasa....