Di sebalik keceriaan wajah dan kegembiraan yang terpamer, kadangkala mengandungi sejuta rahsia oleh seseorang. Kadangkala kita menginginkan sesuatu yang kita target dalam hidup ini tapi Allah tidak mengizinkan apa yang kita mohon. Bukan keran Allah tidak sayang kepada hambaNya tetapi kesusahan dan kepayahan itulah merupakan ujian yang diturunkan bagi menguji keimanan kita kepadaNya.
Setiap manusia, hamba Allah diberikan ujian dan dugaan. Ianya berbeza mengikut kekuatan dan ketabahan diri masing-masing. Allah tidak akan menguji hambaNya jika kita tidak mampu untuk lalui segala rintangan dan cabaran yang menimpa. Kesusahan yang datang terimalah dengan redha kerana ianya akan mendekatkan lagi kita dengan Allah Taala.
Hidupku dulunya seringkali dibasahi airmata tapi alhamdulillah walaupun pelbagai dugaan, cabaran dan kesusahan yang aku terima, aku percaya itu semua qada' dan qadar Tuhan. Aku dapat tangani dengan penuh ketabahan dan aku terima segala yang tertulis untukku sebagai satu hikmah yang masih lagi aku tercari-cari. Perjalanan hidupku tidak seperti yang aku angankan..tidak seperti yang aku idamkan..tidak seperti yang aku inginkan..Namun shukran Ya Allah, aku masih mampu tersenyum di sebalik kepura2an wajah. Kekuatan dan ketabahan yang Engkau kurniakan padaku diluar jangkaanku Ya Allah..Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku mengadu..Benar..Cinta Allah itu cinta yang sejati yang tak boleh dicari di mana2..hanya kerana taat ke atas segala suruhanMu.
Aku masih lagi mencari kekuatanku Ya Allah..Aku masih lagi mencari hikmatMu Ya Allah..Kuatkanlah hatiku..Tabahkanlah hatiku untuk meneruskan kehidupan yang fana ini.
No comments:
Post a Comment