Tuesday, 4 February 2014

NUKILAN BUAT SUAMIKU YANG TERCINTA


Shaiful Bahrin bin Baharudin, di saat ku mula mengenalimu pada Tahun 2010, kau hanyalah seorang sahabat yang sentiasa bersama berkongsi tugas, membantu sekadar terdaya, meminjamkan telinga untuk mendengar luahan rasa masalahku, berkongsi rasa suka dan duka dan akhirnya kau menjadi yang halal buatku, kau menjadi khalifahku untuk memimpin tanganku ke arah yang diredhai Allah.

Until die do us apart..Insha Allah

Sesungguhnya nukilan ini kuhadiahkan buat insan yang sangat kusanjungi, suami yang amat ku cintai. Andaikata aku tidak sempat melafazkan, ingin ku katakan bahawa aku tersangat menyayangimu dan mencintaimu. Terima kasih untuk segalanya kasih sayang, jiwa raga, pengorbanan dan keikhlasan menerimaku seadanya. B, ayg ucapkan terima kasih sepanjang kita bersama banyak memenuhi permintaan ayg..Suami ayg yang ayg kenal seorang yang baik hati, soft spoken, sgt bertanggungjawab, dan hakikatnya adalah seorang yang penyayang walaupun malu untuk menyatakannya. Suami yang ayg kenal mmg ssh sgt nak romantik tp cuba berusaha untuk mencairkan hati isterimu ini walaupun kadang-kadang airmata ni dulu yang mengalir disebabkan kesedihan namun B  lapkan airmata ini dengan memenuhi dan cuba memahami kehendak hati ayg. Suami yang ayg kenal mmg agak malas dalam hal-hal kekemasan rumah tapi akan dilakukan apabila disuruh. Namun, sikap tu telah kurang sejak ayg pregnantkan twins, kerja rumah yang berat-berat B buatkan, B tlg jagakan angel untuk ayg.

No comments:

Post a Comment