Memiliki kamu, kamu, kamu dan kamu adalah sesuatu yang terindah buat ibu dan abah. Anugerah yang terindah dari Yang Maha Esa. Sekelip mata ibu dan abah miliki kamu wahai sayang-sayang ibu. Banyak cabaran dan dugaan yang ibu abah hadapi dari mula nk timang kamu hinggalah sekarang masing-masing dah semakin cerdik pandai...Maafkan ibu, sayang2 semua terkadang ibu teremosi tapi alhamdulillah ibu syukur kerana kamu2 mempunyai seorang abah yang sangat penyayang..seandainya ditakdirkan umur ibu tidak panjang, ibu tahu abah kamu2 mampu untuk memikul tugas ibu...
Aishah Bahrin, kamulah permata ibu yang pertama, kamulah bidadari kecil yang sentiasa bersama ibu ketika ibu keseorangan. Kamulah yang merasa sakit pedih perjalanan hidup ibu, kamu kekuatan ibu. Walaupun ibu tahu mungkin saat ini kamu terkesan dengan kegarangan ibu..:))) tp percayalah sayang, ibu tidak mahu terlalu memanjakan kamu kerana kamulah model untuk adik-adik kamu yang lain. Aishah angel, kental, tahan lasak, sangat manja, antibodi yang sangat kuat (baby ibu yang sangat kuat dari kecik sampailah sekarang) boleh dikira berapa kali kamu sakit..Kamulah penyeri hidup ibu dan abah dan pengikat kasih sayang antara ibu dan abah..tidak terucap dengan kata-kata sumbangan kamu nak..ibu tahu kamulah segala-galanya bagi abah kamu..NUR AISHAH, 3 tahun 6 bulan
Ameer Bahrin, baby yang sangat ceria, second twins ibu..Kamu juga seperti kakak kamu,..Banyak menceriakan suasana dengan keriangan dan kegirangan wajah dan kemanisan wajah kamu..Ibu dan abah sangat teruja memiliki kamu dan Ammar kerana kamu lah pemula generasi kembar di dalam sejarah keluarga ibu dan abah, anugerah istimewa daripada Allah kepada ibu dan abah..Sayang ibu yang manja dah besar, walaupun tika kecilmu kamulah yang paling banyak menangis tak tido malam smpikan ibu dan abah bermata panda ke pejabat. Namun alhamdulillah berkat usaha ibu abah, wan mak tok, atuk dan nenek, kamu berdua tenang sekarang..Kamu yang ketiga sayang, tp sikap dan perwatakan kamu persis kakak kamu.MUHAMMAD AMEER ZAHRIN , 1 tahun 11 bulan
Kamu dianggap sebagai gegel baby dek kerana raut wajah kamu yang cute dan seakan baby perempuan.. Hakikatnya kamu boboy, kembar seiras dengan Ameer. Seorang lagi anak manja ibu, Ammar Bahrin. Bersesuaian dengan nama kamu Ammar, kamu sememangnya cepat belajar dan terlihat di situ kematangan kamu sebagai seorang abang. Berbeza dengan Ameer, kamu lebih pendiam..Ibu katakan, kamu memiliki sikap abah kamu yang side Bahrin tu..hahaha..seorang adventurous, lone ranger..Kamu lebih berdikari berbanding kembar kamu..Kamu satu ketika ibu sentiasa mengalirkan airmata, kamu agak lemah berbanding Ameer, didiagnose dengan kawasaki disease, kemudiaanya positif adenovirus, kemudiannya Hand Foot Mouth Disease. Pernah satu ketika ibu hanya melihat sekujur tubuh kecilmu terbaring tidak bergerak, tidak menangis, Luluh hati ibu sayang. Tapi perancangan Allah itu memang terbaik, kamu semakin sihat dan membesar dengan sangat cerdik. Sangat menyayangi adikmu..Ibu abah sangat bertuah..MUHAMMAD AMMAR ZAHRIN, 1 tahun 11 bulan

Little princess ibu, Ameera Bahrin..u are so cute and small baby tp tersangat lincah..Disebabkan abang dan kakak kamu, ibu pasti kamu ketika di dalam perut ibu bersemangat untuk keluar cepat dan bermain bersama-sama dengan ur siblings..u prove it now baby..kamu keluar tika umur kamu 36 minggu dan sekarang di usia kamu 8 bulan kamu sudah mampu berdiri. Betapa kamu benar-benar mahu bermain dengan kakak, abang dan abah kamu.. Kamu juga seperti kakak kamu, baby yang sangat mudah diurus..Alhamdulillah ibu sangat bersyukur dan ibu tahu di mata kamu hanya ada ibu...:))))..Love my baby dan ibu berharap kamu juga membesar ceria bersama-sama anak-anak ibu abah yang lain..NUR AMEERA AISHAH, 8 bulan..
And now, we are waiting for our next baby.....LOVE YOU SHAIFUL BAHRIN
No comments:
Post a Comment